Assalamualaikum semua..
Kami di Roshadelli sudi menerima tempahan dari pelanggan-pelanggan yang di kasihi.Kami menerima tempahan untuk deberi kepada tetamu-tetamu untuk majlis perkahwinan, coklat untuk hantaran, DLL..untuk tempahan boleh la email or SMS saya (Awatief)
email: dhomemadechocolate@gmail.com
hp : 019-5139011 (Awatief)
Hohohohooo...lambat post la ini entry..terskip plak dengan entry teacher's day dulu..takper janji i update & share dengan korang semua... coklat di oder oleh my cousin - Kak Ana dari perlis khas untuk mama tersayang iaitu Teh( Mak Teh) aku..Kak Ana nak shape Love and Shell sahaja.tapi sorry kak Ana, shape shell tak sempat nak buat bagi siap 16 pcs.terpaksa ganti dengan mix shape. kak Ana nak 32 pcs with mix filling. So 16 pcs yang atas shape love and yang bawah mix shape..
CoratCoret: Khas buat Mama tersayang Roshahidah binti Mohamad, adik sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayangggggggggg mama sangat2...kasih sayang mama sungguh tak ternilai..TERIMA KASIH..=)
Assalamualaikum ...bertemu lagi untuk entry Hari Guru.
Kali ni coklat di tempah khas oleh my lovely beautiful sister for her sons untuk di beri pada cikgu-cikgu yang banyak menolong mereka sepanjang mereka berada di sekolah. so Along just oder coklatnya sahaja coz die dah beli small containers dari Tupperware untuk di isi coklat. Setiap containers di letak 4 biji coklat pelbagai perisa. Idea gubahan dari along, die yang nak keluar modal kan beli all the containers tapi okay la coz Tupperware ngah ade sale. Berbaloi la jugak.
Cute kan every containers ader 4 colour dalam 1 kotak : Oren, Light Blue, Light Green & Purple.
Coklat ada pelbagai bentuk dan di isi dengan filling yang berbeza tiap satu : Hazelnut , Almond, Strawberry & Blueberry.
Ini semua khas untuk cikgu Abang Afif & Cikgu Naqib dari SK Sg.Dua, Butterworth. Hope all the teachers like it.
And yang ni bekas agak special khas untuk Tok Su merangkap adik baba yang juga mengajar di sekolah yang sama dengan budak-budak ni.
Okay yang ni pula khas untuk cikgu tadika sekolah Thaqif di Tadika Seribu Ilmu. haha..budak kecik ni bukan sedar pun pasal teacher's day & yang paling lawak wawa gi serah ke cikgu die, die bleh wat tak tau jer..aiseehh...
Yang ni di tempah oleh teacher Wan cikgu sekolah Abg Afif. Last min oder, nasib sempat juga aku siapkan just bekas je tak sempat nak cari..coz teacher Wan oder mix shape n filling untuk 20 pcs coklat dari milk choc & white choc. Thanx Teacher Wan =)
SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI SELURUH DUNIA KHASNYA DI MALAYSIA.. =)
Entry ni khas untuk Hari Guru pada 16 Mei. Dapat call dari seorang cikgu nun di Pendang, Cikgu Najwa nak oder lolichoc untuk murid-muridnya. 400 batang lolichoc yang di minta pada awalnya, & esoknya ada penambahan lagi 50 batang...Alhamdulillah..ini tempahan aku yang pertama sebanyak ini..Dugaan memang dugaan bagi menyiapkan setiap batang lolichoc ni..Mana taknya, dari nak cari penambahan mold lolichoc ke la batang lolichoc..memang susah..so terpaksalah wawa gunakan cara lain dan juga pratikal..
Antara bentuk lolichoc yang wawa buat..
Lolichoc yang siap di bungkus satu persatu..
Antara Lolichoc yang sudah siap untuk di pack ke dalam kotak dan di serahkan kepada Cikgu Wan wakil kepada Cikgu Najwa.
Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga wawa siapkan tempahan dari Cikgu Najwa.. Thanx so much..hope murid-murid cikgu sukakannya.. =)
CoratCoret : Thank you so muchhhhhh 2 mama, baba, Muna n also my sister-along for helping..kalau tak ada dieorang memang susah le aku nak siapkan tempahan ni..smpai terpaksa import pekerja..haha...
Dah lama wawa tak update pasal coklat di blog ni, so dalam minggu ni, Alhandulillah rezeki dari Allah untuk saya. Tempahan khas untuk Teacher's day next week and also Mother's Day even dah lepas...tapi di sebabkan sayang si anak kepada si ibu, tidak kira, tetap ingin di hadiahkan..Thanx my cousin..
Hope wawa dapat laksanakan tugasan ini sebaik mungkin untuk menyiapkan tempahan seorang cikgu dari Pendang sebanyak 450 batang lolichoc..Terima kasih.. seronok dengar adik-adik dah tempah beli lolichoc dengan cikgunya.. teringat last week si Naqib(my 2nd nephew) nak beli bunga rose kat mamanya di sekolah, tapi yang harga rm1 dah abis yang tinggal yang mahal..sian bebudak, mahal sangat pon depa tak mampu nak beli kan...and kena juga siapkan tempahan untuk teacher's day sekolah abg afif and naqib..opps...tak lupa budak tadika si Thaqif.. ;)
Coklat Curvature/ Real (Gred A)adalah coklat yang diperbuat dengan mengunakan 100% daripada cocoa butter/mentega koko (lemak dari biji koko), manakala Coklat Compound (Gred B) adalah coklat yang dihasilkan daripada koko dan minyak sayuran sebagai pengganti mentega koko. Oleh itu, harga Coklat Curvature/Real adalah mahal berbanding Coklat Compound.
Secara amnya, coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu coklat tulen (Real chocolate)/Chocolate couverture) dan coklat compound. Dua jenis coklat ini sahaja yang sesuai untuk di buat coklat. Untuk pengetahuan anda semua, coklat masakan SAMA SEKALI tidak boleh untuk di buat coklat.
Coklat Couverture @ real coklat merupakan coklat yang dihasilkan munggunkan cocoa butter (lemak koko) dan kerana itulah coklat yang diperbuat daripada coklat tulen lebih mahal harganya daripada coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat Couverture ialah coklat Ferrore rocher ,Cadbury ,Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tulen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop,selalunya ia dijual sebagai Dark Chocolate (cocoa,cocoa butter & gula), Milk Chocolate (cocoa, milk powder,cocoa butter & gula), White Chocolate (milk powder,cocoa butter & gula)
Coklat Compound merupakan coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti cocoa butter.Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen dan ianya lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating. coklat compound juga ada dijual sebagai dark coklat,milk coklat dan white coklat.
Bagi membezakan antara coklat tulen dan compound ialah dengan melihat takat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.