.:: Tempahan @ Pertanyaan ::.

Assalamualaikum semua.. Kami di Roshadelli sudi menerima tempahan dari pelanggan-pelanggan yang di kasihi.Kami menerima tempahan untuk deberi kepada tetamu-tetamu untuk majlis perkahwinan, coklat untuk hantaran, DLL..untuk tempahan boleh la email or SMS saya (Awatief) email: dhomemadechocolate@gmail.com hp : 019-5139011 (Awatief)

Thursday, April 8, 2010

.:: Perbezaan Coklat ::.

Assalamualaikum

Secara amnya, coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu coklat tulen (Real chocolate)/Chocolate couverture) dan coklat compound. Dua jenis coklat ini sahaja yang sesuai untuk di buat coklat. Untuk pengetahuan anda semua, coklat masakan SAMA SEKALI tidak boleh untuk di buat coklat.

Coklat Couverture @ real coklat merupakan coklat yang dihasilkan munggunkan cocoa butter (lemak koko) dan kerana itulah coklat yang diperbuat daripada coklat tulen lebih mahal harganya daripada coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat Couverture ialah coklat Ferrore rocher ,Cadbury ,Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tulen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop,selalunya ia dijual sebagai Dark Chocolate (cocoa,cocoa butter & gula), Milk Chocolate (cocoa, milk powder,cocoa butter & gula), White Chocolate (milk powder,cocoa butter & gula)

Coklat Compound merupakan coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti cocoa butter.Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen dan ianya lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating. coklat compound juga ada dijual sebagai dark coklat,milk coklat dan white coklat.

Bagi membezakan antara coklat tulen dan compound ialah dengan melihat takat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.

1 comment:

  1. Salam, Kalau sy nk buat choc bubble rice in jar tp nk guna milk compound dr beryls, ade tak cara bg coklat tu maintain cair?

    ReplyDelete